Saturday, January 17, 2009

diet....diet....diet....????

8 tip miliki tubuh sempurna:
  • Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambi.l

  • Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.

  • Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap.

  • Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Kurangkan penggunaan garam dan gula.

  • Lakukan aktiviti senaman secara berkala.

  • Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah, bersenam serta amalan gaya hidup sihat.

  • Minumlah banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


INFO: Langkah penjagaan diet
  • 1. Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.

  • 2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus

  • 3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.

  • 4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih 10 peratus dan lemak monounsaturated pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.

  • 5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg sehari.

Thursday, January 15, 2009

diam lebih baik.....



Salam sahabat-sahabat sekalian.....
hari ini ana ingin berkongsi satu kata-kata yang mungkin memberi satu makna yg amat mendalam...DIAM LEBIH BAIK...mungkin saudara-saudari setuju ngan kata ini namun xsemua...btul x ckp sy....ape yg ingin sy nyatakan adalah kata-kata ini amat sesuai bg sesiapa yg memerlukannya...mengumpat, mengata, menyakitkan hati, mencarut dan bising xtentu hala adalah perbuatan-perbuatan yg tidak langsung memberi faedah pd kita...setuju x ngan ana...harap antum semua setuju lah....daripada kita menambah dosa baik lah kita semua dia dan ia adalah satu perkara yg amat mulia....awas!!!!!!...diam biarlah kena pd tempatnya..ape2 pn akhir kata dari sy hindarlah diri kamu daripada bercakap perkara-perkara yg tidak berfaedah...semua ini akan merosakkan diri kamu sendiri dan ia adalah sia-sia sahaja....sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

pesanan terakhirku....


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat U ini
Dan......... .......
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinar fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.... ...

(ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

~PETUNJUK SEPANJANG JALAN~
SYED QUTB

Tuesday, January 13, 2009

my first post...hehehe...

assalamualaikum...adakah ini blog??????...alhamdulillah akhirnya berjaya gak sy nak wat blog sendiri...enjoy myself with my first blog...